NAMA : ATIKAH RAHMAWATI
KELAS :
2EA11
NPM
: 11210214
TUGAS
:
Islam dan Demokrasi
Saat ini, memang demokrasi telah
mendapat pasaran yang paling tinggi sebagai jalan keluar atas segala
permasalahan yang dihadapi oleh manusia.
Demokrasi, yang secara teorinya
dimaksudkan sebagai suatu sistem yang dibentuk, dijalankan, dan ditujukan bagi
kepentingan rakyat ini dalam tataran praktiknya akan sentiasa mengalami
berbagai penyesuaian dan perubahan, sehingga seringkali penerapannya bersifat trial
and error, atau sebagai mana yang dikatakan para pengusungnya, demokrasi
itu bersifat projek.
Hanya saja, perkembangan demokrasi
di negara-negara muslim cenderung kelihatan kaku ataupun perlahan, sehingga
dianggap oleh banyak pihak sebagai faktor utama yang telah menghalang kemajuan
kaum muslim.
Dan tentu saja, pemahaman Islam
ortodoks berpengaruh dalam membentuk eksklusivisme hingga menyebabkan
kebanyakan kaum muslim bersikap tertutup dari hal-hal yang berbau modernisme,
di samping mereka juga terbuai oleh romantisme masa lalu. Oleh kerana itu, kaum
muslim wajib menimbus semula kemunduran mereka menerusi binaan semula kefahaman
Islam mereka.
Mungkin gagasan rekonstruksi inilah
yang menjadi pesan yang gigih disampaikan oleh mereka yang mahu menerapkan
demokrasi ke dalam dunia Islam. Lalu ungkapan seperti “nilai demokrasi juga
terkandung oleh Islam”, “demokrasi merupakan bahagian dari Islam”, ataupun
“demokrasi adalah Islam itu sendiri” kerap dikumandang kebelakangan ini.
Meskipun demikian, banyak pula para
apologis muslim yang menolak adanya penerapan demokrasi ke dalam Islam, sebab
menurut mereka, demokrasi dan Islam itu adalah dua hal yang berbeza dan tidak
mungkin dapat disetarakan. Ini kerana, bagi mereka, demokrasi adalah pemikiran
kufur yang tentunya haram untuk diamalkan oleh kaum muslim.
Lalu, bagaimanakah hubungan yang
sebenarnya antara Islam dan demokrasi ini? Secara sejarahnya, gagasan demokrasi
berasal dari budaya kuno Yunani yang mahu membentuk pemerintahannya yang
dipimpin oleh ramai orang. Dan, pada tahun 508 SM, Cleisthemes mula-mula
memperkenalkan dan melaksanakan sistem “pemerintahan rakyat” di Athens.
Akan tetapi idea demokrasi itu
muncul dan berkembang di Eropah sebagai jalan tengah dia atas pertikaian antara
kaum gerejawan yang mahu pemerintahan diserahkan kepada raja yang dikatakannya
sebagai wakil tuhan di dunia. Sbealiknya, kaum pemikir pula mahukan agar gereja
jangan mencampuri kehidupan kerana sejarah abad kegelapan telah membuktikan
betapa peranan gereja dalam kehidupan hanyalah melahirkan kediktatoran dan
kesengsaraan bagi rakyat.
Pada saat itu demokrasi muncul untuk
menyelesaikan pertikaian yang ada sehingga berlakunya kesepakatan antara kaum
gerejawan, atau istilah yang lain, agamawan, dengan para pemikir. Keadaan
akhirnya menentukan bahawa gereja/agama hanyalah semata-mata mengatur dalam
tataran peribadi individu, sedangkan politik kenegaraan telah diserahkan
sepenuhnya kepada rakyat.
Jadi, idea inilah yang kemudian
dikenal sebagai sekularisme (pemisahan agama dalam kehidupan) yang juga menjadi
dasar bagi lahirnya idea kapitalis itu sendiri. Sehingga boleh dikatakan bahwa
demokrasi itu lahir dari idea sekularisme yang notabene kepada ideologi
yang telah lahir dari peradaban barat.
Walau bagaimanapun, seiring
berjalannya waktu, konsep demokrasi turut mengalami perkembangannya. Dan
demokrasi ini kemudiannya telah diserukan oleh banyak kelompok, di mana
masing-masing dari mereka telah merumuskan makna demokrasi dan dikaitkan dengan
akidah yang diyakininya, serta kemudiannya turut disesuaikan dengan
tujuan-tujuannya.
Kesannya, pengertian demokrasi
menjadi beragam, sehingga menimbulkan jargon seperti demokrasi Islam, demokrasi
sosial, dll. Hal inilah yang mendorong Robert Dahl dalam On Democracy
mengungkapkan bahawa, ”demokrasi itu sebenarnya sering simpang siur.”
Selain daripada itu, keadaan ini
juga mencerminkan kebenaran tanggapan bahawa demokrasi itu sendiri sememangnya
merupakan suatu masalah yang membingungkan. Ini bererti, masalah teori
demokrasi saja sudah berdepan dengan kerencaman yang tiada penyelesaiannya.
Jadi adalah wajar jika dalam tataran praktiknya demokrasi itu akan terus
mengalami perubahan serta penyesuaian dengan suasana dan tempat sewaktu
diterapkannya demokrasi tersebut.
Sehubungan dengan itu, timbul
pertanyaan, bagaimana mungkin jika demokrasi yang bersifat membingungkan dalam
tataran teorinya itu serta masih bersifat trial and error dalam tataran
praktiknya mampu menjadi penyelesaian di atas permasalahan manusia yang kita
tahu memang kompleks sifatnya? Bukankah itu sama halnya dengan ungkapan
“menyelesaikan masalah dengan masalah?”
Sungguhpun begitu, Alija Izetbegovic,
pengarang buku Islamska Deklaracija, juga sekaligus failasuf dari Bosnia
& Herzegovina berpendapat bahawa “keunikan Islam adalah kerana ia mempunyai
perspektif holistik di mana norma-norma agama adalah sebuah praktik politik
yang korektif, sehingga agama itu sendiri menjadi wahana untuk memperbaiki
kehidupan khalayak, dan bukannya mengkhianatinya”.
Rumusan Izetbegovic ini bermakna
bahawa Islam itu mampu untuk muncul sebagai suatu aturan kompleks bagi mengatur
seluruh aspek termasuk membangunkan sistem pemerintahan, dan hukum yang
dijalankan adalah berdasarkan kepada sumber Islam itu sendiri, yakni al-Qur’an
dan hadith.
Apa yang dirumuskan oleh Izetbegovic
ini sebenarnya sejalan dengan apa yang telah disampaikan oleh Lora Fraqlay
bahawa “Islam adalah agama dan negara dalam erti yang sebenar-benarnya.” Ini
berrtinya dalam menetapkan hukum, semuanya mestilah berdasarkan kepada
sumber-sumber hukum Islam sahaja tanpa adanya penerapan hukum-hukum dari luar
Islam.
Dalam bukunya yang berjudul Seize
The Moment, Richard Nixon yang juga mantan presiden Amerika Syarikat telah
menjelaskan tentang bagaimana hubungan antara peradaban Islam dan peradaban
barat.
Nixon mengatakan bahawa “komunisme
memang telah terbukti gagal, dan sebahagian pengamat telah memperingatkan
bahawa Islam pula akan menjadi kekuatan geopolitik yang ekstrim.
Ini kerana, umat Islam yang didukung
oleh pertumbuhan pesat para penduduknya serta memiliki kekayaan sumber alam
mampu untuk menjadi ancaman besar, sehingga memaksa bangsa-bangsa barat bersatu
dengan Moscow untuk menangani bahaya dari dunia Islam ini”.
Sebenarnya, pendapat Nixon ini
menegaskan bahawa apa yang dimahukan oleh Islam dan Barat itu berbeza, malah
bercanggah.
Justeru itu, dari beberapa pandangan
di atas, dapat kita simpulkan bahawa Demokrasi itu hakikatnya berasal dari
pemikiran barat yang sekular dan tidak mungkin dapat disatukan dengan Islam,
meskipun terdapat beberapa kesamaan antara Islam dan demokrasi.
Mithalnya yang boleh kita nyatakan
ialah: syura yang disamakan dengan musyawarah, surah al-Kafiruun yang
disejajarkan dengan kebebasan beragama, dijaminnya kebebasan seseorang untuk
menyampaikan pendapatnya yang dianggap sama dengan kebebasan berpendapat, sejarah
Islam bahawa khalifah telah dipilih melalui pemungutan suara yang kemudian
disamakan dengan pilihanraya, dll.
Namun begitu, semua yang disebutkan
di atas hanyalah sebuah kesamaan yang disusun untuk memperlihatkan Islam dan
demokrasi itu seolah-olah tak jauh berbeza, walhal tidak pernah ada kesamaan
yang ideal antara Islam dan demokrasi baik secara teorinya, isinya, mahupun
tataran praktiknya. Dan untuk seorang muslim, adalah haram baginya mengambil
hukum-hukum yang berasal dari luar Islam.
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki
yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan
Rasul-Nya telah menetapkan menetapkan suatu ketetapan, aka nada bagi mereka
pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barang siapa mendurhakai Allah dan
rasul-Nya Maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata”—(Al-Ahzab :36).
0 komentar:
Posting Komentar